Kesalahan Memahami Erti Munafiq Terdapat Sebahagian Orang Memahami
[ KESALAHAN MEMAHAMI ERTI MUNAFIQ ]
Terdapat sebahagian orang memahami bahawa kemunafikan hanya ada satu yaitu nifaq i’tiqadi saja, sehingga dari sini timbul kesalahan dalam menetapkan sebuah hukum dengan mengatakan semua kemunafikan akan menjerumuskan pelakunya ke dalam neraka paling bawah. Mereka menggunakan dalil dari tafsiran surah an-Nisa’ ayat 145,
إِنَّ ٱلۡمُنَٰفِقِينَ فِي ٱلدَّرۡكِ ٱلۡأَسۡفَلِ مِنَ ٱلنَّارِ وَلَن تَجِدَ لَهُمۡ نَصِيرًا ١٤٥
“Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah di (neraka). Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapatkan seorang penolong pun bagi mereka.”
Hal ini Tidak Tepat. Kerana 'Nifaq' itu terbahagi kepada 2:
1. NIFAQ 'ITIQADI.
Nifaq dalam akidah (النفاق الاعتقادي).
Iaitu berpura-pura beriman, tetapi di dalam hatinya menyimpan kekafiran.
Nifaq sebegini lah yang bertepatan dengan Nas diatas yakni akan dihumban ke Neraka paling bawah. Antara Ciri Nifaq 'Itiqadi ;
a) Tidak mempercayai Rasulullah saw.
b) Tidak mempercayai sebahagian yang dibawa Rasulullah saw.
c) Membenci Rasulullah saw.
d) Membenci apa yang dibawa oleh Rasulullah saw.
e) Merasa gembira ketika orang merendahkan Agama yg dibawa oleh Rasulullah saw.
f) Benci ketika org mengagungkan Agama yg dibawa oleh Rasulullah saw.
2. NIFAQ 'AMALI.
Nifaq berbentuk perbuatan (النفاق العملي).
Iaitu seseorang yang beriman, tetapi pada dirinya ada ciri-ciri kemunafikan, seperti bercakap bohong, mungkir janji, khianat dll.
Nifaq jenis ini tidak membawa pelakunya ke neraka paling bawah
(sekalipun tidak diampunkan Allah).
Mustahil seseorang yang beriman, menunaikan ibadah fardhu, tapi berbohong atau mungkir janji (ada ciri munafiq), takkanlah orang macam ini dihumban terus ke neraka paling bawah, lebih bawah dari neraka yang dihuni oleh orang-orang kafir!? Tetapi ianya sangat dimurkai Allah dan dibenci Oleh Rasulullah.
Diantara ciri Nifaq 'Amali berdasarkan hadis Nabi Saw :
أَرْبَعٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ كَانَ مُنَافِقًا خَالِصًا وَمَنْ كَانَتْ فِيْهِ خَصْلَةٌ مِنْهُنَّ كَانَتْ فِيْهِ خِصْلَةٌ مِنَ النِّفَاقِ حَتَّى يَدَعَهَا: إِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ، وَإِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ، وَإِذَا خَاصَمَ فَجَرَ
“Empat hal yang barang siapa keempatnya ada pada dirinya maka dia seorang munafik yang murni dan barang siapa yang terdapat pada dirinya salah satu maka ada pada dirinya ciri kemunafikan: jika dipercaya berkhianat, jika berbicara berdusta, jika berjanji tidak menepati, dan jika bertikai ia berbuat curang.”
(Sahih, HR. al-Bukhari no. 34 dan Muslim no. 207).
Justeru, jangan sewenangnya kita mengatakan orang yg berdusta, mengkhianati, memungkiri janji dalam hal keadaan dia masih beriman akan terus dihumban ke Neraka yg paling bawah. Sebaiknya hindarkan perbuatan menunding jari ini, takut ianya terjadi pula pada kita takpun ahli keluarga kita. Sama samalah kita saling memberi teguran dan nasihat bukannya memberi hukuman yg berat 😊
Semak diri , Nilai peribadi, Muhasabah hati. Kalau bukan kita tergolong dalam nifaq iktiqadi adakah kita mempunyai salah satu ciri Nifaq 'Amali?
Kredit : el Faqir Billah Nizam el banjari,
Timbalan Mudir Ma'ahad Tahfiz Darul Ifta' wal Isnad Semporna Sabah ❤️