Assalamualaikum Salam Sayang Dari Madinah Dikongsikan Suasana Solat

Assalamualaikum Salam Sayang Dari Madinah Dikongsikan Suasana Solat

Assalamualaikum
Salam Sayang dari Madinah💝

Dikongsikan suasana solat Zohor di Masjid Quba hari ini selepas pembukaan semula masjid masjid di Arab Saudi kepada umum bermula 31 Mei 2020. Cuaca hari ini 41c. Suasana tenang di Masjid Quba dan suhu nyaman di dalam Masjid. Jumlah jemaah tidak lebih 200 orang.

Tatacara Pencegahan bagi Solat Berjemaah di Masjid :
1. Bawa sejadah sendiri.
2. Berwuduk dari rumah.
3. Memakai penutup hidung dan mulut (mask).
4. Beratur untuk pemeriksaan suhu di pintu masuk masjid.
5. Mengambil tempat dan menghamparkan sejadah di tempat yang telah disediakan dengan tanda pelekat di lantai/permaidani.
6. Jarak 02 meter dalam satu barisan dan selang satu barisan saf dengan saf depan & belakang.
7. Tidak dibenarkan kanak kanak atau bayi hadir.
8. Mushaf al Quran dan Air Zam Zam tidak disediakan.
9. Jemaah bersurai segera selesai solat untuk proses sanitasi berkala.

Alhamdulillah.

#MasjidQuba
#RinduHaramain
#WeReturnWithCaution @ Tawau



© . powered by instaweb.my