Jual Jagung Rm1 Hutang!
JUAL JAGUNG RM1 HUTANG!
Suatu masa dulu sekitar awal tahun 80-an, zaman tv hitam putih lagi, hehehe
Admin duduk kampung estate ladang sawit, getah & koko. Pekerja estate di bagi sedikit ruang tanah untuk bercucuk tanam. So beliau lelaki & perepuan pun pigilah tanam jagung.
Bila jagung mengeluarkan hasil masa tu admin umur sekitar 5-6 tahun dah kena suruh jual jagung. Bawa jagung berikat naik kereta sorong (gerobak) round kampung teriak2 “Jagung…Jagung..1 Ringgit”…
Berkeluaaranlah makcik2 dari rumah & panggil "nak sini kau. Makcik mau beli jagung"…sekali sudah ambil..Alah nak pakcik mu belum gaji. Hutang dulu ya nak..nanti gaji datang sini ambil duit. Hahahah
Bila time gaji datang mau kutip hutang alasan lain pulak muncul. Pakcikmu belum balik lagi nak…..ala nak tiada duit kecil….dan bla..bla..bla… 3-5 kali pigi baru dapat rm1 je pun...…huhuhu
Punyalah susah nak dapat rm1 masa tu….Dalam berniaga elakkan beri hutang especially kita yang niaga kecil2..sebab bila dah bagi hutang susah nak tagih..hehehe
Itu hutang dengan manusia..bagaimana hutang kita dengan Allah. Hutang solat, zakat, haji & umrah. Kalau dah meninggal waris pula kena uruskan. Selagi ada hayat dikandung badan. Usahalah sebaik mungkin sempurnakan perintah Allah agar kita tidak berhutang dengan Allah SWT. Belum tentu waris kita akan bayarkan.
Nak admin share lagi jom sertai
https://t.me/tawauakupergiumrah
https://www.facebook.com/groups/226765098777592/?ref=share
#salamSyawal #daftarandalusiatawau
#tawau #kunak #lahaddatu #semporna #kalabakan