Kekal Beribadah, Walau Sedikit Berbeza, Namun Tetap Sempurna

Kekal Beribadah, Walau Sedikit Berbeza, Namun Tetap Sempurna

KEKAL BERIBADAH, WALAU SEDIKIT BERBEZA, NAMUN TETAP SEMPURNA

Ramadan kita yang lalu sungguh berbeza, Masjid ditutup hampir diseluruh dunia, namun masjid2 kecil telah wujud disetiap rumah. Solat fardhu, tarawih & bacaan al quran telah hidup di setiap rumah. Ketua keluarga menjadi Imam, manakala ahli keluarga menjadi makmum

Hari raya norma baharu juga kita terkesan, kita sudah menghidupkan suasana takbir dan solat hari raya di rumah. Kita lebih dekat dengan ahli keluarga yang ada di rumah.
Banyak kesilapan2 raya berjaya dielakkan. Namun masih boleh berhubung melalui panggilan video mahupun telefon.

Apa hikmah semua ini?

Mungkin kah kita tidak menjaga adab masjid, sering berbicara dunia dalam masjid, sehingga kita tidak dapat ke masjid dalam tempoh yang lama.

Mungkin selama ini banyaknya pergaulan bebas, lelaki perempuan tidak berbatas dan sebagainya sehingga kini kita terdisiplin menjarakkan diri

Mungkinkah dulu kita tidak begitu menjaga kebersihan, makan tak basuh tangan, tak baca doa sehinggalah skrg kita akan kerap basuh tangan

Mungkinkah akitiviti sosial kita di alam nyata terlau berlebihan Sehingga kini aktiviti sosial kita terhad.

Paling sedih Umrah dan mungkin Haji kita tahun ini masih belum dipastikan. Marilah muhasabah diri dan memohon ampun atas kesilapan yang pernah kita lakukan agar Allah mengampunkan kita semua

PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI

Nak admin share lagi jom sertai

https://t.me/tawauakupergiumrah

https://www.facebook.com/groups/226765098777592/?ref=share

#salamSyawal #daftarandalusiatawau
#tawau #kunak #lahaddatu #semporna #kalabakan



© . powered by instaweb.my