[ 5 Tips Memilih Pakej Umrah ]
[ 5 TIPS MEMILIH PAKEJ UMRAH ]
Sebagaimana kita sedia maklum banyak sekali kes penipuan pakej umrah yang berlaku di Malaysia yang melibatkan individu tertentu dan syarikat travel agensi yang tidak sah.
Apatah lagi dalam keadaan kita sekarang ini yang masih ternanti-nanti bilakah COVID-19 akan reda dan Arab Saudi membuka semula sistem visa umrah mereka. Semua orang tersangat rindu untuk pergi ke tanah suci seperti sedia kala.
Maka oleh itu, pasti akan ada pihak-pihak yang cuba mengambil peluang dan merancang untuk memperdaya orang ramai menyertai tawaran yang mereka berikan.
Setiap tahun ada sahaja kes penipuan baharu yang direkodkan. Setakat tahun lepas, sebanyak 3,883 kes penipuan pakej umrah melibatkan kerugian berjumlah RM13,8 juta.
Jadi hari ini saya ingin kongsikan beberapa tips utama yang perlu di ambil oleh bakal-bakal tetamu Allah sebelum membuat tempahan pakej.
1) SEMAK DAFTAR LESEN AGENSI UMRAH
Bagi anda yang baru pertama kali menunaikan umrah, sangat penting untuk kita semua ambil tahu mengenai status setiap agensi perlancongan yang ada di Malaysia, yang mana tidak semua agensi perlancongan boleh menawarkan pakej umrah. Syarikat yang sah mengendalikan pakej umrah hanyalah syarikat yang berstatus Sendirian Berhad (Sdn.Bhd).
2) SELIDIK LATAR BELAKANG AGENSI UMRAH (PENGENDALI / PENGELOLA)
Kita perlu selidik dan membuat semakan terlebih dahulu mengenai latar belakang sesebuah travel agensi. Sebagai contoh pembaca boleh mendapatkan info mengenai sesebuah travel agensi melalui website Kementerian Pelancongan di sini : http://www.motac.gov.my/arkib/2019/umrah-lku-1440
Selain itu juga, boleh juga membuat carian di media sosial seperti facebook, instagram dan lain-lain dimana pembaca boleh melihat maklum balas daripada jemaah-jemaah yang pernah menggunakan perkhidmatan agensi tersebut.
Dengan ini pembaca boleh membuat penilaian sendiri mengenai sesebuah travel agensi tersebut sama ada mempunyai rekod yang baik atau sebaliknya. Jangan pilih untuk pergi umrah dengan individu tertentu sebab Mutawwifnya handsome atau sebab konon owner syarikat tersebut pakai kereta mewah. Berwaspada.
3) ISI KANDUNGAN BROSUR UMRAH
Setiap Travel agensi yang mengelola pakej umrah, haji mahupun perlancongan, mereka pasti menyediakan brosur untuk memudahkan kita melihat pakej apa yang syarikat mereka tawarkan kepada pembaca.
Jadi perlu pastikan travel agensi yang pembaca pilih menyediakan semua perkara-perkara ini.
• Tiket penerbangan pergi & balik
• Visa umrah/Visa Pelancong
• Penginapan di Makkah & Madinah (jarak hotel dari Masjid)
• Makan & Minum di Makkah & Madinah
• Lawatan @ Ziarah (Tempat-tempat yang di lawati)
• Pengangkutan di Makkah dan madinah
• Jenis penerbangan (Transit @ Direct Flight)
• Mutawwif
• Bilangan hari di Makkah & Madinah
• Insurans perjalanan
Contoh brosur rasmi yang dikeluarkan oleh Andalusia Travel seperti gambar
4) FAHAMI PAKEJ YANG DITAWARKAN DENGAN JELAS
Untuk bahagian ini, pembaca perlu memahami dengan jelas pakej apa yang ditawarkan oleh travel agensi tersebut.
Sebelum membuat tempahan, kita perlu pastikan pakej yang ditawarkan bersesuaian dengan bajet dan keinginan anda, pastikan nama hotel, jarak hotel, harga pakej , tarikh penerbangan betul dan jelas sepertimana yang pembaca inginkan.
Selain itu, pembaca perlu mengetahui berkenaan caj yang dikenakan sekiranya berlaku pembatalan sebelum tarikh berlepas. Ini sangat penting untuk mengelakkan dari berlakunya salah faham di masa akan datang. Jadi sebelum anda membuat sebarang tempahan pastikan faham dengan jelas mengenai pakej yang ditawarkan.
Lihat pakej umrah di sini : https://fliphtml5.com/bookcase/miomb
5) BANDINGANKAN HARGA
Kita tidak perlu membuat tempahan terburu-buru. Bandingkan harga dengan pakej-pakej yang lain. Sebelum anda membuat apa-apa bayaran atau tempahan kepada travel agensi pastikan pembaca memahami terma atau syarat-syarat yang dikenakan oleh travel agensi tersebut dan sangat penting untuk pembaca tahu mengetahui tempoh untuk membuat pembayaran akhir.
Pastikan anda cakna dengan setiap perubahan yang berlaku di saat akhir seperti perubahan jadual penerbangan, kelulusan visa dan lain-lain. Ini semua berkait dan tertakluk dengan ketetapan dari pihak-pihak lain yang mana pihak syarikat travel berurusan dan dengan mereka bagi kelancaran perjalanan ke tanah suci.
Kredit : Abduh Nursalam
Nak admin share lagi jom sertai
https://t.me/tawauakupergiumrah
https://www.facebook.com/groups/226765098777592/?ref=share
#salamSyawal #daftarandalusiatawau
#tawau #kunak #lahaddatu #semporna #kalabakan