Doa Dimakbulkan Atau Tidak?
Doa dimakbulkan atau tidak?
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
(Surah al-Baqarah, ayat 186)
Senjata orang muslim adalah doa. Anda pun mesti banyak doa kan. Pagi petang siang malam berdoa. Tapi kenapa masih Doa kita tidak dimakbulkan?
Berdoalah untuk dapatkan yang terbaik daripada berdoa untuk dapatkan apa yang kita mahu kerana Allah tidak beri apa yang kita minta, tetapi beri apa yang kita perlukan. Yang pastinya sentiasa bersabar dan berusaha apabila kita berdoa. Selebihnya hanyalah tawakkal kepada yang Maha Esa.
Justeru itu, Marilah kita Bersama-sama menadah tangan tanpa rasa jemu agar Umat Islam dapat menunaikan ibadah Haji dan Umrah seperti biasa. Amin ya Rab..