Assalamualaikum

Assalamualaikum

Assalamualaikum
Salam Sayang dari Madinah????

Berita Terkini.

Penjaga Dua Tanah Suci (Khadam Haramain Syarifain) Raja Salman Abdul Aziz As Saud, berkenan mengangkat hampir sepenuhnya sekatan ke atas perintah kawalan pergerakan di Arab Saudi bermula 21 Jun 2020.

Sektor ekonomi akan beroperasi sepenuhnya dengan langkah kawalan pencegahan dan keselamatan yang wajib dipatuhi. Tiada lagi sekatan waktu dan sekatan rentas negeri. Masjid masjid di kawasan zon merah dahulunya iaitu Makkah dan Jeddah juga dibuka semula.

Namun, Masjidil Haram masih ditutup sehingga dimaklumkan kelak. Prosedur Tawaf dan Umrah telah dimajukan kepada pihak berwajib untuk kajian dan perancangan teliti sebelum Masjidil Haram dibuka sepenuhnya kepada awam. Umrah dan Ziarah ke Masjidil Haram masih ditutup kepada pengunjung luar dan dalam negara.

Moto "نعود بحذر" bermaksud "Kita Kembali Dengan Berhati-Hati" atau "We Return With Cautions" dilaungkan menandakan Kerajaan Arab Saudi bertekad mengambil langkah yang tabah dan berani dalam mencari keseimbangan diantara kesihatan, kerohanian, ekonomi dan sosial. Walaupun dalam keadaan kes jangkitan yang meningkat sangat tinggi sehingga 154,233 kes setakat 20 Jun 2020, dengan komitmen yang padu dan jitu dalam pengawalan, Kerajaan Arab Saudi yakin dan berani untuk terus mara kembali kepada kehidupan yang normal.

Marilah kita doakan semoga Arab Saudi penjaga dua Tanah Suci ini berjaya mengharungi cabaran ini dan segera membuka pintu umrah dan haji secepatnya atas izin Allah SWT.

#andalusiatraveltours
#rinduharamain
#weprayforsaudi
#penyucianjiwaditanahsuci



© . powered by instaweb.my