Bersabahat Dengan Orang Yang Soleh, Kita Akan Memperoleh

Bersabahat Dengan Orang Yang Soleh, Kita Akan Memperoleh

Bersabahat dengan orang yang soleh, kita akan memperoleh ilmu dan kebaikan daripada mereka, sekaligus kita juga akan terpengaruh dengan mereka untuk berbuat baik. Segan nak buat maksiat bila teringat kepada mereka.

Sebaliknya, bila bersahabat dengan orang yang sering melakukan maksiat, kita akan mudah terpengaruh dengan perbuatan maksiatnya yang akhirnya akan merosakkan diri kita sendiri.

Orang yang bersungguh memperbaiki penyakit hati pastinya rahmat dan kasih sayang Allah akan mengiringi kehidupan mereka. Oleh itu, sentiasa pasakkan niat di dalam hati untuk mencari reda Allah yang hakiki agar terus kekal bersemadi di dalam diri.



© . powered by instaweb.my