Tiket Rm2k Minta Tukar Kepada Beras?
TIKET RM2K MINTA TUKAR KEPADA BERAS?
Nak kongsi cerita tahun 2006, 14 tahun lalu, lama dah wei.
Admin buat on job training di Petronas Sabah Regional Office, Kota Kinabalu. Ada 1 program CSR petronas yg ambil sekolah angkat luar bandar nak bagi peluang anak2 murid terdedah dengan dunia semasa. Syukur sebab dapat biasiswa petronas.
Pendek cerita, 1 program kena bawa murid2 ni ke litar sepang tengok real F1 siap dapat tiket grandstand nak beri sokongan pasukan BMW Sauber PETRONAS. Sungguh teruja walaupun panas hehehe.
Murid2 seramai 5 org memang budak kampung, tak pernah naik flight, tak pernah duduk hotel, tak pernah pergi jauh. Pendek kata duduk kampung sajalah. Mcm admin juga budak kampung????.
Bila ada murid ni dpt tahu harga tiket grandstand bernilai RM2,000.00, terus dia minta tukar kepada beras utk buat makan keluarga. Admin rasa sebak nak nangis, apakan daya kena sponsor tak boleh nak tukar.
Pengalaman berharga tak semestinya boleh dibeli dengan duit, ada yang dapat percuma. Yang penting hargai setiap nikmat Allah yang diberikan. Udara, kesihatan nikmat besar yang sering kita lupa untuk syukuri.
Niatkan dalam diri untuk sentiasa bersyukur dan menghargai.????????
Nak admin share lagi jom sertai
https://t.me/tawauakupergiumrah
https://www.facebook.com/groups/226765098777592/?ref=share
#daftarandalusiatawau
#tawau #kunak #lahaddatu #semporna #kalabakan