Hadiah Tidak Ternilai Dari Allah S.w.t

Hadiah Tidak Ternilai Dari Allah S.w.t

Hadiah Tidak Ternilai Dari Allah S.W.T

Solat adalah amalan terawal yang akan dihisab dan ditanya oleh Allah S.W.T di akhirat kelak. Sudah tentu, solat fardhu lima waktu adalah ibadah yang sangat dituntut kerana merupakan salah satu daripada lima rukun Islam.

Namun begitu, terdapat solat-solat sunat lain yang mempunyai fadilat iaitu kelebihannya tersendiri, antaranya solat sunat duha.

Rata-rata mereka yang istiqamah melazimi ibadah sunnah ini kerana beriman dengan hadis Nabi Muhammad S.A.W yang telah diwasiatkan kepada Abu Hurairah RA agar tidak meninggalkan Solat Dhuha.

Maksudnya: “Kekasihku (Muhammad S.AW.) mengingatkan akan daku supaya melakukan tiga perkara iaitu: berpuasa tiga hari pada setiap bulan, melaksanakan solat Dhuha sebanyak dua rakaat dan melakukan solat Witir sebelum tidur.” ( HR Bukhari dan Muslim)

Kesimpulannya, menjadi satu kemestian bagi setiap insan yang mengaku beriman kepada Allah S.W.T agar melaksanakan Solat Sunat Dhuha pada setiap hari. Ini kerana ia merupakan sebagai satu tanda kesyukuran kita kepada Allah S.W.T terhadap segala nikmat-nikmat yang telah Allah S.W.T kurniakan kepada kita.

ZERO DEPOSIT UMRAH, JOM DAFTAR SEKARANG
Layari : umrahandalusia.com utk maklumat lanjut ????



© . powered by instaweb.my