Haiwan Keluar Dari Mulut
HAIWAN KELUAR DARI MULUT
Haiwan apa lagi ni...hahaha haiwan yg haram tu lah. Kan biasa dengar perkataan2 tu bila orang sedang marah.
Admin ingat lagi masa lepas SPM dulu 1998 (agak lama ni bro..mcm tua betul sudah ni)..hihii...pernah bekerja di sebuah kilang kayu yang buat kerusi kayu untuk sekolah2. Rasanya Bos kilang ni dapat tender supply kerusi sekolah..sekarang semua dah pakai kerusi plastik...Nak dijadikan cerita suatu hari admin buat overtime (OT), yalah nak cari duit lebih nak sambung belajar..orang susah kan, kenalah kerja.
OT sampai 9mlm. Maklumlah malam dah ngantuk jam 9:00 tepat saja terus puch card out nak balik. Tetiba bos datang dia tengok sisa kayu tak kemas, terus naik baran...apa lagi berkeluaranlah haiwan liar dari mulut bos berkandang2 banyaknya...hahaha...tak habis lagi...dia siap bgtau OT kami malam ni tidak dibayar...Allahuakhbar....Zalim sungguh.
Pasal benda tak kemas boleh diselesaikan tak perlu nak lepaskan haiwan dalam mulut, boleh cakap baik2 tanpa memaki. benda kecil boleh settle bah...yg tak baiknya orang dah kerja OT ko tak mau bayar. Hhmmmm
Sampai skrg muka Bos tu admin tak lupa....hidup lagi Bos ni...hahah biarlah rahsia...cuma pengajaran kekadang bila kita di atas samada jadi Bos, jadi orang kaya, jadi orang berkuasa kita SERING lupa diri. Sedangkan Allah yang beri semuanya, kalau kesombongan dan kebongkakan sampai menghina orang bawahan dengan kata2 keji...satu KESALAHAN BERAT..
Kesudahannya bisnes tu lingkup dan bisnes lain bos tu pun tak menjadi...sekelip mata saja Allah boleh tarik.
Jadi jangan biarkan mulut kita memaki atau mengeji orang lain..asbab doa orang yang kita zalimi tiada tirai dia dengan Allah. Allah boleh saja balas on the spot.
Nak admin kongsi story best lagi jom join
https://t.me/tawauakupergiumrah
https://www.facebook.com/groups/226765098777592/?ref=share
#daftarandalusiatawau
#tawau #kunak #lahaddatu #semporna #kalabakan