Wayang Kulit Kehidupan

Wayang Kulit Kehidupan

WAYANG KULIT KEHIDUPAN

Dulu masa belum ada gajet2 ni. Ini lah hiburan orang dulu. Dengan lagu dan penceritaan yang menarik. Sungguh menghiburkan.

Bukan nak cerita pasal benda alah tu, sebenarnya nak kaitkan dengan kehidupan kita. Masa sekolah2 dulu kawan selalu guna istilah wayang bermaksud pura2 atau gurau2 saja. Contoh buat presentation group tapi cakap merapu masa latihan. Kawan akan cakap wayang saja tu.

Kisahnya dalam kehidupan kita banyak sangat wayang kulit atau kepura-puraan manusia. Kita tak suka sesuatu terpaksa berwayang menunjukkan kita suka dalam keadaan terpaksa supaya tidak membuatkan orang lain terasa. Contoh kita tak makan pedas, tapi bila kawan ajak makan pedas buat2 suka. Hahahah, lepastu balik merana kepedasan.

Dari satu sudut positif yang kita boleh ambil dari wayang kulit ni membuatkan orang rasa gembira, seronok walaupun ianya hanya wayang. Mampukah kita mewayangkan diri untuk membuat orang lain gembira? Boleh asalkan tidak memudharatkan diri sendiri.

Tapi ingat dengan Allah SWT kita tidak boleh sedikit pun berwayang! Bermuka-muka. Sebab Allah Maha Mengetahui, Allah Tahu apa yg terdetik dihati kita. Allah tahu segala-galanya.

Suatu benda dipanggil emosi paling sukar disembunyikan kecuali yang benar2 pakar menyembunyikan. Namun emosi rindu Baitullah tidak dapat diwayangkan lagi kerana ramai yang terhalang dari pergi ke sana sejak 27 Feb 2020 lagi. Maka zahirkan rindu kita dengan mendaftar Umrah zero deposit sekarang. Apabila Umrah dibuka saja kita boleh terus pergi menunaikan Umrah dengan sebaik mungkin.

Nak admin share lagi jom sertai

https://t.me/tawauakupergiumrah

https://www.facebook.com/groups/226765098777592/?ref=share

#daftarandalusiatawau
#tawau #kunak #lahaddatu #semporna #kalabakan



© . powered by instaweb.my