Adakah Anda Bersedekah Dan Berwakaf Dengan Cara Yang
Adakah anda bersedekah dan berwakaf dengan cara yang betul?????
Mari kita bincangkan hal Wakaf Al Quran di Makkah dan Madinah.
MUSHAF AL QURAN DI MASJIDIL HARAM & MASJID NABAWI
Berdasarkan ketetapan yang dibuat oleh Kerajaan Arab Saudi sebagai Khadimul Haramain dan
pengurusan Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, kerajaan menetapkan hanya cetakan Al Quran yang khusus sahaja yang dibenarkan ditempatkan di dalam dua Masjid ini.
Selain daripada itu, mushaf atau cetakan lain akan dikeluarkan dari Masjid dan akan diedarkan ke seluruh dunia,
sebagai wakaf dan infaq dari kerajaan Arab Saudi.
Antara syarat-syarat al Quran yang dibolehkan ditempatkan di Masjid Haramain ialah :
1) Dicetak di King Fahd Quran Complex di Madinah al Munawwarah.
2) Tiga jenis cetakan sahaja, iaitu Saiz A5 biru dan hijau dengan khat berbeza, dan saiz A4
berwarna biru.
3) Ditulis pada dalam Al Quran bahawa ia dihasilkan dengan wakaf daripada kerajaan Arab Saudi.
4) Dicop pengesahan bahawa Quran ini tulen dan disemak oleh hafiz pruf Quran.
Hakikatnya, segala keperluan al Quran di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sudah mendapat peruntukan secukupnya dari kerajaan Arab Saudi sebagai penjaga dua Tanah Haram. Namun kerajaan tidak pernah menghalang jika ada yang ingin mewakafkan tertakluk kepada syarat-syarat di atas.
Malahan jika ada yang berhajat bawa pulang alQuran dalam jumlah yang banyak untuk kegunaan wakaf masjid atau surau di tanahair boleh membuat permohonan kepada pihak pengurusan Masjidil Haram & Masjid Nabawi.
Kami berpesan kepada para jemaah:
1) Adalah lebih afdhal jika kita membeli naskhah al Quran sendiri dan menghantarnya serta meletakkannya di rak Masjid dengan tangan sendiri.
2) Jika ada kiriman untuk wakaf al Quran, hendaklah membuat aqad yang jelas dan pastikan urusan itu diselesaikan. Ini adalah kerana wakaf itu amanah.
3) Elakkan melakukan urusniaga jual beli di dalam Masjid.
4) Semak al Quran yang anda beli sebelum dibayar, adakah menepati piawaian dan syarat seperti yang telah dinyatakan di atas.
5) Harga al Quran cetakan asli Madinah ialah antara SR30 hingga SR40, boleh didapatkan di mana mana kedai buku sekitar Haramain.
Bersedekahlah dan berwakaflah dengan cara yang betul dan kepada yang benar benar berhak. Semoga amal ibadah anda diterima Allah SWT. Kami akan kongsikan lagi di post akan datang untuk kupasan isu sedekah dan wakaf. Stay tuned????
#BersedekahCaraBetul
#AndalusiaTravel