“mampukah Kau Kasi Makan Binimu?“
“MAMPUKAH KAU KASI MAKAN BINIMU?“
Ni ayat sentap yang dilemparkan kepada ku sehingga sampai ke lubuk hati dan amat terasa sampai sekarang belum hilang walaupun sudah belasan tahun kahwin.
Apakan tidaknya baru je kahwin dah mendapat kritikan yang very deep sehingga membuatkan ku down sangat. Alhamdulillah beberapa hari lalu aku terdengar ungkapan Dr. Azizan Osman yg mengatakan “Kritikan adalah emas”.
Bila aku kaitkan balik dengan cerita aku ni, memang benar. Aku ambil kritikan itu sebagai emas. Aku bekerja keras dan komited sehingga sekarang aku masih mampu beri makan, belikan pakaian, sediakan tempat tinggal, belikan kereta, bawa isteri pergi umrah dan macam2 lagi.
Jadi jangan kita anggap orang yg kritik kita sebagai musuh sebaiknya anggap dia macam doktor yang mau bagi ubat enjection. Memang sakit sikit mcm kena gigit semut hahaha. Tapi lepas tu sihat alhamdulillah. Itu lah emasnya, kau dapat beri lebih dari makan. Rezeki datang dari Allah, kita usaha sebaik mungkin insyaAllah pasti ada jalan.
Mulai sekarang kita perlu ubah cara kita melihat sesuatu(mindset). Kritikan, kutukan walaupun ia negatif tapi kita lihat secara positif. Kesanya kita akan terus positif.
Semoga cerita ini bermanfaat dan menginspirasikan kita semua.
Gambar tu admin nak makan siri di Krabi, Thailand. Sodap juga siri ni....hahaha jangan marah.
Nak admin share lagi jom sertai group
https://t.me/tawauakupergiumrah (Telegram)
https://www.facebook.com/groups/226765098777592/?ref=share (FB Group)
#daftarandalusiatawau
#tawau #kunak #lahaddatu #semporna #kalabakan