Di Saat Kau Tukar ...
DI SAAT KAU TUKAR ...
Di saat kau tukar kereta baru ingatlah ibu dan ayahmu yang bermotosikal buruk di kampung ... berpanas berhujan ke mana-mana ...
Di saat kau tukar bumbung rumahmu dari bumbung atap genting lama kepada yang glossy berkilat atap genting mahal ingatlah bumbung rumah ayah dan ibumu di kampung yang ketirisan hujan ...
Di saat setiap bilik dirumahmu sejuk aircond ingatlah rumah ayah dan ibumu dikampung kipas lama masih tak dibaiki.
Di saat kau komen water heater bilik airmu yang rosak ingatlah bilik air rumah ayah dan ibumu dikampung yang begitu sejukkk dikala ibu dn ayahmu mengambil wudhuk dinihari ...
Di saat kau tukar tile yang masih elok di ruang dapur rumahmu kepada tile baru yang cantik RM20 sekeping ... ingatlah simen rumah ayah dan ibumu dikampung yang masih sama semenjak kau lahir sampai sekarang...
Di saat bilik airmu dihiasi mangkuk tandas Johnson Suise, lampu dari kedai decor popular, ada bunga orkid hidup menghiasi meja singki ... ingatlah bilik air ibu dan ayahmu di kampung yang sudah setahun tersumbat ....
Di saat kau beli buah mangga siam, anggur tanpa biji, dan buah kiwi untuk stok peti ais samsung besar di rumahmu ... ingatlah ayah dan ibumu dulu pernah berlapar kerana mahu belikanmu buah2an tersebut.
Di saat stok makanan dalam peti ais dirumahmu melimpah ke luar ... ingatlah peti ais kecik di rumah ayah dan ibumu yang dah lama rosak ... tanpa terisi sebarang buahpun ....
Di saat kau berlanggan ASTRO Super Pack full chanel walaupun bnyk chanel kau tak sempat nak tengokpun ... ingatlah ibu dan ayahmu di rumah takde ASTRO pun ... Njoi pun kau tak belikan untuk mereka !
KAU MEMANG ANAK YANG TAK KENANG BUDI !
Ingatlah mereka ... kerana dari situlah kau datang.
Ingatlah mereka ... kerana kau juga ada anak
Ingatlah mereka ... kerana kau juga bakal jadi orang tua.
Kredit : Raja Shamri
Nak admin share lagi jom sertai
https://t.me/tawauakupergiumrah
https://www.facebook.com/groups/226765098777592/?ref=share
#daftarandalusiatawau
#tawau #kunak #lahaddatu #semporna #kalabakan