Allah Swt Berfirman:

Allah Swt Berfirman:

Allah SWT berfirman:
إِذۡ نَادَىٰ رَبَّهُۥ نِدَآءً خَفِيًّ۬ا
"(Ingatkanlah) ketika Nabi Zakariyya berdoa kepada Tuhannya dengan permohonan secara perlahan" [Maryam: 3].

Demikianlah Allah SWT menggambarkan sifat doa Nabi Zakariyya AS yang merayu dan memohon agar dikurniakan zuriat yang soleh.

Sebahagian ulama berkata: "Berdoa secara perlahan itu lebih hampir dengan tawaduk dan lebih mulia adabnya, kerana suara tidak dilantangkan di sisi raja, apatah lagi terhadap Raja segala raja-raja".

ٱدۡعُواْ رَبَّكُمۡ تَضَرُّعً۬ا وَخُفۡيَةً‌ۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِينَ
"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan penuh kerendahan diri dan (dengan suara yang) perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas" [al-A'raf: 55].

Kredit : Kamilin Jamilin -Seni Hadith

Nak admin share lagi jom sertai group FB & telegram

https://t.me/tawauakupergiumrah

https://www.facebook.com/groups/226765098777592/?ref=share

#daftarandalusiatawau
#tawau #kunak #lahaddatu #semporna #kalabakan



© . powered by instaweb.my