Cinta Tidak Buta

Cinta Tidak Buta

CINTA TIDAK BUTA

Jika kita masih muda dan sedang bercinta, sila jaga perilaku kita. Memang dia paling jelita dan kacak bergaya pernah kita jumpa.

Jangan lakukan ini jika kita nak hidup lama.

1. Jangan buat hutang untuk kekasih atau tunang tersayang. Bila bila masa saja boleh hilang melayang.

2. Jangan beri wang kali kedua jika hutang pertama dia masih buat buat lupa. Ciptalah apa saja alasan, jangan bagi pinjam.

3. Jangan kongsi nama beli kereta, dia mesti akan banyak bawak 'makwe' nantinya.

4. Jangan kongsi beli rumah pertama, jika dia jantan dia letak nama dia. Pewaris baru nama isterinya.

5. Jangan buat Pembiayaan Peribadi walau dia ugut nak kawin dengan Nelofah atau Hani Delisha jika tak buat nanti.

6. Jangan buat pembiayaan peribadi bayar pelamin atau kenduri kahwin.

7. Jangan jadi penjamin pada hutangnya, itu bahaya namanya.

8. Jangan biarkan diri didera, memang lelaki kaum yang lemah. Pukul wanita saja beraninya.

9. Jangan mudah terima cintanya jika hutangnya berjela, kelak beban hutangnya akan ada atas bahu kita.

10. Jangan buat rumah juga diatas tanah bapa mertua atau sesiapa saja. Kelak mereka meninggal rumah itu duit kita, tapi tanah itu bukan kita punya.

11. Jangan lupa berdoa dibulan mulia, agar dipertemukan jodoh yang bawak kita kesyurga.

Cinta tidak pernah buta, yang buta hati kita. Tak pandai menilai yang mana permata, yang mana cuka.

Kredit : Azizul Azli Ahmad

Nak admin share lagi jom sertai

https://t.me/tawauakupergiumrah

https://www.facebook.com/groups/226765098777592/?ref=share

#daftarandalusiatawau
#tawau #kunak #lahaddatu #semporna #kalabakan



© . powered by instaweb.my