???????????????????????????? ???????????????? ???????????????????????????????????? ????

Sememangnya Madinah penuh keberkatan. Kota Madinah merupakan antara satu daripada dua kota yang gagal ditembusi oleh Dajjal. Madinah juga dicatatkan oleh para alim ulama mempunyai keistimewaan dan kelebihan sendiri antaranya Allah S.W.T menjadikan Madinah sebagai tempat masuk yang benar.

Ini kerana Kota Madinah diharamkan membawa senjata untuk berperang atau membunuh. Allah S.W.T menjadikan Madinah sebagai tempat kelahiran Islam. Wabak penyakit berpindah dari Madinah ke Juhfah. Madinah ditakluk dengan keimanan dan Al-Quran sedangkan daerah lain dengan pedang.

Oleh itu sebagai tetamu Allah yang berkunjung ke Madinah, jemaah Haji dan Umrah perlu menghayati tempat- tempat yang diziarahi selain meningkatkan ketakwaan dengan beribadah sebanyak mungkin di Masjid Nabawi.Tambahan itu, perkuburan Baqi’ di Madinah juga merupakan perkampungan antara yang terawal yang akan dibangkitkan di Padang Masyar kelak. ????

Kesimpulannya, Madinah adalah kota untuk beribadah dan ziarah yang mampu memberikan manfaat besar kepada jemaah haji dalam usaha mereka meningkatkan ketakwaan kepada Allah dan mencintai Rasulullah S.A.W. ????



© . powered by instaweb.my