#repost @umrahandalusiadotcom With @make_repost

#repost @umrahandalusiadotcom With @make_repost

#Repost @umrahandalusiadotcom with @make_repost
・・・
Perkuburan Baqi’

Perkuburan Baqi’ merupakan perkuburan yang terletak hampir dengan Masjid Nabawi di Madinah al-Munawwarah. Ia juga dipanggil sebagai Jannatul Baqi’ dan Baqi’ al-Gharqad. Tiada nas daripada al-Quran dan hadith secara khusus yang menyebut kelebihan dikebumikan di Perkuburan Baqi’ melainkan di Madinah secara umumnya.

Antara kelebihan seseorang itu meninggal dunia di Madinah ialah dia akan diberikan syafaat oleh Rasulullah SAW pada hari Akhirat kelak. Rasulullah SAW menganjurkan supaya jika sesiapa yang mampu untuk meninggal dunia di Madinah, maka hendaklah dia melakukannya. Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Umar, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ اسْتَطَاعَ أَنْ يَمُوتَ بِالْمَدِينَةِ فَلْيَمُتْ بِهَا ؛ فَإِنِّي أَشْفَعُ لِمَنْ يَمُوتُ بِهَا
Maksudnya: Siapa yang berkemampuan untuk meninggal dunia di Madinah, maka meninggallah di sana kerana aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di sana. :- Hadith riwayat al-Tirmidzi: (3917)



© . powered by instaweb.my