Taif Kota Sejuk Di Pinggiran Makkah

Taif Kota Sejuk Di Pinggiran Makkah

Taif kota sejuk di pinggiran Makkah

Korang nak tau tak berdekatan Mekah ada satu tempat sejuk ala-ala Cameron Highland?

Haa kepada yang belum tahu, walaupun cuaca di Mekah tu panaih lit2 sampai kadang2 dekat 60°c, tapi ada satu tempat tu ia tetap sejuk dan cantik menghijau dengan rumput-rumput dan pokok tanaman, tempat tu adalah Taif.

Taif adalah sebuah tempat tanah tinggi kira2 100km dari Mekah, dengan ketinggian 2000 meter dari aras laut yang membuatkan cuacanya sentiasa sejuk dan damai. Jadi tak hairanlah kalau tempat tu tetap nyaman walaupun di musim panas, dengan pemandangan gunung ganang yang diselaputi rumput-rumput hijau ala-ala Kashmir gitu, cantik tau!

Dan korang jangan terkejut kadang-kadang waktu musim sejuk di Taif ada salji jugak.

Dan yang paling penting Taif turut menyimpan banyak sirah agung Nabi Muhammad S.A.W di mana baginda pernah pergi beberapa kali ke bumi Taif. Haa nnti mutawwif akan cerita panjang lebar lagi masa pergi ke sana, insyaAllah.

Mesti tak sabar kan nak pergi Taif? Jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati keindahan ciptaan Allah ini dan sambil menghayati sirah nabi di Taif sewaktu menunaikan umrah nanti, rugi tau kalau tak cuba!



© . powered by instaweb.my