Juadah Andalusia Yang Dirindui

Juadah Andalusia Yang Dirindui

Juadah Andalusia Yang Dirindui????

Antara perkhidmatan terbaik sesebuah agensi umrah boleh sediakan di Tanah Suci ialah hidangan makanan yang mantap & menyelerakan. Andalusia mulai naik dulu dengan makanan yang best best.
Andalusia sentiasa meletakkan kualiti menu juadah terbaik untuk jemaah Andalusia. Kita bawa beberapa orang Chef kita sendiri dari Malaysia.

Rempah ratus orang kita seperti kerutuk, serbuk kari, pes tomyam, asam jawa kita import bawak sendiri. Even bunga kantan, lengkuas, kunyit, dan seumpamanya kita import jugak. Yelah mana nak cari kat Saudia ni rempah ratus tu. Punyalah nak dapatkan citarasa Melayu, Andalusia usaha. Bayangkanlah mana nak dapat merasa makan asam pedas, masak lomak cili api dan rendang kat Makkah Madinah tapi Andalusia boleh sediakan. Sup ekor yang paling mantap sekali. Nasi lemak telor mata pun ada. Ini semua yang buat jemaah hilang rasa rindu kat rumah dan hilang rasa homesick tu.

Kalau kat Madinah Andalusia guna catering al Hussam. Al Hussam ni boleh dikatakan best caterer lah in Saudi. Kalau kat Makkah Andalusia ada dapur sendiri. Namanya Rose al Andalus. Alhamdulillah, memang established kami ni, masterchef kami masak dengan penuh kasih sayang❤. Yang tambah sedap lagi tu bila Mutawwif Andalusia dan Pegawai Haramain sentiasa menemani jemaah makan di dewan makan????

Saya ni asik cerita bab makan je kan. Tapi ketahuilah dari makanan yang terbaik, sihatlah tubuh badan, bila kita sihat beribadah pun jadi seronok. Inilah antara kebaikan untuk jemaah Andalusia.

Keropok dalam gambar tu memang jemaah suka. Kadang2 ada yg berwarna warni. Terkadang jemaah ambil senyap senyap letak dalam poket jubah hihi. Ini menu hotel ekonomi. Kalau nak makan makanan citarasa Malaysia, duduklah hotel ekonomi. Tapi kat hotel premium pakej kami pun tak kurang juga hebatnya.

Alhamdulillah. Syukur pada Allah swt yang beri kita rejeki macam macam walau dimana kita berada. Yang penting jemaah happy, kami pun happy.
Perkongsian daripada Ketua Pegawai Operasi Andalusia Madinah.



© . powered by instaweb.my