#repost @umrahandalusiadotcom With @make_repost
#Repost @umrahandalusiadotcom with @make_repost
・・・
Assalamualaikum
Salam Sayang dari Madinah????
Masjid Khandaq, Madinah al Munawwarah
02 Julai 2020 / 11 Zulkaedah 1441
Suhu 44°C , Jam 4.30 Petang
Suasana di Masjid Khandaq selepas solat Asar. Kelihatan beberapa masjid bersejarah di hadapan jami' Khandaq sedang dalam proses baikpulih.
Di kawasan ini lah terjadinya peperangan al-Khandaq atau juga dipanggil Perang Al-Ahzab. Khandaq merujuk kepada parit besar yang digali oleh Rasulullah SAW dan para Sahabat (radiyallahu anhum) dalam usaha menangkis kemaraan tentera musyrikin ke Madinah.
Masjid ini juga dahulunya digelar sebagai Masjid Tujuh atau Masjid Sab'ah kerana terdapat tujuh kubu semasa perang tersebut. Kemudian pada zaman pemerintahan khalifah Islam, dibangunkan tujuh Masjid dan akhirnya beberapa buah masjid di kaki bukit Sila disatukan dan dijadikan sebuah Masjid yang kita lihat hari ini. Masih ada beberapa tinggalan masjid di kawasan tersebut.
Sebuah masjid yang terpenting ialah masjid al Fatah yang terletak di salah satu puncak bukit Sila. Disanalah tempat Rasulullah SAW berdoa bagi kemenangan kaum Muslimin yang akhirnya setelah 3 hari Nabi berdoa tanpa putus akhirnya dimakbulkan Allah SWT.
Marilah kita terus berdoa agar segala kesulitan kita dipermudahkan Allah SWT dan jangan lah pernah kita jemu berdoa.
#RinduHaramain
#AndalusiaTravel
#andalusiamadinah
#daftarandalusiatawau