???? AKHIRNYA...
BERITA PEMBUKAAN UMRAH & MASJIDIL HARAM????
☺️Assalamu’alaikum semua dan selamat pagi!
Pagi ni admin dalam good mood sangat, syukur alhamdulillah...
Dah lah hari ini Arab Saudi sedang menjalani cuti Hari Kebangsaan mereka yg ke-90, lepas tu ada pula berita tentang pembukaan umrah, Allahuakbar!
Only You know how happy and grateful this heart is when it hears this news Ma Sya Allah☺️.
Menurut khabar dari Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, UMRAH AKAN DIBUKA SECARA BERPERINGKAT UNTUK JEMAAH bermula dari tarikh berikut:-
1️⃣ Fasa pertama: Ahad, 17 Safar 1442H (bersamaan 4 Oktober 2020M).
2️⃣ Fasa kedua: Ahad, 1 Rabial Awwal 1442H (bersamaan 18 Oktober 2020M).
3️⃣ Fasa ketiga: Ahad, 15 Rabiul Awwal 1442H (bersamaan 1 November 2020M).
✔️Pada fasa pertama, jemaah umrah yang dibenarkan adalah dari kalangan pemukim tempatan di Arab Saudi. Kapasiti yang dibenarkan pada fasa pertama ini adalah sebanyak 30% daripada kapasiti biasa. Ini bermaksud lebih kurang 6,000 jumlah jemaah yang akan dibenarkan memasuki Masjidil Haram.
✔️Fasa kedua pula, sebanyak 75% daripada kapasiti iaitu 15,000 jemaah yang akan dibenarkan masuk ke dalam Masjidil Haram.
✔️Fasa ketiga ini yang paling Admin teruja sebab... ia akan dibuka kepada semua jemaah dari dalam dan luar Arab Saudi!!!
Kondisi-kondisi tertentu pasti akan dipantau agar jemaah dibenarkan untuk datang ke dua tanah suci ini.
Info tambahan, para jemaah yang ingin datang ke Masjidil Haram dan melaksanakan umrah dikehendaki mendaftarkan diri di aplikasi (اِعْتَمَرْنَا) I’TAMARNA
yang dilancarkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi untuk memudahkan penguatkuasaan SOP dan juga untuk pemantauan jemaah dari segi kesihatan dan sebagainya.
Siapa ingat lagi kenangan Haji 1441H, kena taba'ud (تباعد)? ‘social distancing’!????
???????? Pesanan khidmat masyarakat daripada Admin buat kita semua:
Pastikan kita sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga untuk mangelakkan jangkitan COVID-19 dengan:
- memakai face mask????
- menjaga penjarakan sosial???? ????
- mengelak daripada sentuhan fizikal????????.
“اللّٰهُمَّ ارْفَعْ عَنَّا كُوْرُوْنَا”.
“Ya Allah, angkatkanlah Corona dari kami semua.
Kredit: Makkah Kenangan Terindah