Selalu Kita Minum Air Zamzam Tapi Mesti Terlupa

Selalu Kita Minum Air Zamzam Tapi Mesti Terlupa


Selalu kita minum air zamzam tapi mesti terlupa berdoa atau tidak tahu doa minum air zam-zam kan? Harini nak kongsi doa dan kelebihan meminum air zamzam.

Daripada Jabir bin Abdillah R.Anhu telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَاءُ زَمْزَمَ لِمَا شُرِبَ لَه

Maksudnya : "Air zamzam itu, bergantung dengan apa yang diniatkan oleh peminumnya" [HR Ibnu Majah (3062)]

Antara fadhilat dan kelebihan yang berkaitan dengan air zamzam:

1- Ia mempunyai nama yang banyak dan nama yang banyak itu menandakan atau menunjukkan akan kemuliaannya. Dalam Taj al-Arus, dinukilkan daripada Ibn Birri, terdapat dua belas nama bagi air zamzam.

2- Air zamzam adalah sebaik-baik air di muka bumi dan menjadi penghulu kepada semua air. Ini berdasarkan apa yang disebut oleh al-Fakihi dalam Akhbar Makkah (2/41).

3- Air zamzam dikatakan dari mata air syurga mengikut riwayat ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf. Imam Nawawi berkata: “Pendapat yang asah (lebih sahih) bahawa secara zahirnya, ia adalah dari syurga”.

4- Air zamzam adalah kurniaan daripada Allah yang utama kepada kekasih-Nya iaitu Nabi Ismail AS.

5- Air zamzam juga sebagai tanda yang nyata akan kemuliaan tanah haram Makkah. Inilah adalah pendapat Imam ibn al-Daiba’ al-Syaibani.

6- Allah SWT telah menjadikan air zamzam yang berkat ini sebagai antara penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah. Seterusnya, kewujudan Baitullah di bumi tersebut.

7- Banyak meminum air zamzam merupakan sebahagian daripada tanda keimanan dan tanda kebebasan daripada sifat munafiq. (Hal ini kerana orang munafiq tidak mempercayai kelebihannya).

Rujukan : https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/1835-irsyad-al-hadith-siri-ke-125-air-zamzam

#masjidnabawi #makkahalmukarramah #makkahmadinah
#masjidilharam #madinahalmunawwarah #penyucianjiwaditanahsuci #airzamzam
#umrahandalusia #andalusiatravel #umrahbaitullah



© . powered by instaweb.my